MENCARI ‘KEBERKATAN’ DALAM MENUNTUT ILMU

|


Assalamualaikum..

Izinkan diri ini untuk mencoret sedikit peringatan buat teman-teman….Semoga dapat menjadi pedoman terutama buat diri yang hina ini, juga buat sahabat-sahabat yang lain.

Pejam celik-pejam celik sudah lebih 2 tahun aku berkelana di bumi syam yang penuh barakah ini. Bermacam pengalaman pahit dan manis, pengajaran dan mutiara yang dapatku kutip sepanjang safar ini. Berikut merupakan perkara yang dapat aku kongsikan buat tatapan semua untuk kita sama-sama kita mencari apa yang dikatakan keberkatan dalam menuntut ilmu:-

1.Menghormati guru@pensyarah

Antara cara untuk menunjukkan penghormatan pada guru adalah dengan menjaga adab-adab dalam kelas seperti hadir menepati masa (anak murid tunggu guru,bukan sebaliknya ), tak ponteng kelas kecuali dengan sebab yang syar’ie (terlajak tidur sebab yang syarie tak??),dan mendengar segala nasihat yang diberikan oleh guru..Berikut antara mutiara yang sempat aku kutip daripada pensyarah-pensyarahku..

Pesanan ayahanda Dr. Syuesh ..

‘’Wahai anak-anakku..Janganlah malu bertanya jika ada perkara yang tidak difahami..Jadilah cermin pada sahabat-sahabat..Jadilah pembawa berita gembira..Jadilah contoh dan qudwah yang baik pada orang lain..Anak-anak adalah duta dan pembawa panji ISLAM…Janganlah mengkhianati amanah ibu bapa dan agama..Jangan sibuk dan tertipu dengan kelalaian dan kemewahan dunia..Sebarkanlah ilmu dan mudahkanlah urusan sahabat-sahabat lain dalam menuntut lmu..JANGAN TIDUR LEBIH DARIPADA 6 JAM SEHARI…. Jadikanlah safar anak-anak ini, safar yang benar-benar bermanfaat..

Pesanan ayahanda Dr. Kailani..

‘’Wahai anak-anakku..Ingatlah setiap kali anak-anak menghadapi imtihan di jamiah, ingatlah imtihan yang lebih besar menanti anak-anak..Hidup di dunia ini adalah imtihan untuk menguji siapa yang paling baik amalannya..Janganlah takut untuk menghadapi keputusan imtihan di dunia..Tetapi takutlah untuk menghadapi keputusan imtihan di akhirat. Adakah buku amalan anak-anak akan diberi dengan tangan ‘kanan’ atau tangan ‘kiri’.. Anak-anakku, orang yang berjaya di dunia tidak semestinya berjaya di akhirat..Begitu juga sebaliknya..Maka persiapkanlah dirimu untuk menghadapi hari kematian kerana ia datang tanpa diundang dan dijemput..Aku mengasihi anak-anak; bakal pembawa panji-panji ISLAM kerana ALLAH ….

2.Menjaga amanah ilmu

Sabda Rasulullah SAW : '

'Berilah nasihat pada ilmu, Sesungguhnya khianat seseorang daripada kamu terhadap ilmu adalah lebih dahsyat daripada khianatnya terhadap hartanya, Dan sesungguhnya Allah akan bertanya kepada kamu pada hari kiamat.'

-Riwayat Attabarani-

Antara amanah ilmu yang perlu dijaga ialah menasabkan qaul@pendapat pada tuannya..TIDAK MENIRU DALAM PEPERIKSAAN (jangan sampai hilang sifat ehsan dalam diri), tidak malu untuk mengatakan ‘tidak tahu’ jika dia tidak mengetahuinya, berusaha menyampaikan dan menyebarkan ilmu yang dipelajari.

Firman ALLAH SWT:

وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَتُبَيِّنُنَّهُ لِلنَّاسِ وَلا تَكْتُمُونَهُ فَنَبَذُوهُ وَرَاءَ ظُهُورِهِمْ وَاشْتَرَوْا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلاً فَبِئْسَ مَا يَشْتَرُونَ


"Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi kitab (iaitu):"Hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia, dan janganlah kamu menyembunyikannya", lalu mereka melemparkan janji itu ke belakang punggung mereka dan mereka menukarkannya dengan harga yang sedikit,amatlah buruk tukaran yang mereka terima." (Ali-Imran:187)

3.Menterjemahkan ilmu kepada amal

العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر

Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai salah satu wasilah@instrumen untuk meningkatkan sifat taabudiah dan takwa dalam diri kita.Semoga ilmu yang dipelajari tidak menjadi hujah ke atas kita untuk disumbat ke dalam neraka Jahannam di akhirat kelak.

Firman ALLAH SWT:

أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلا تَعْقِلُون

Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu sendiri melupakan diri (kewajiban)mu sendiri padahal kamu mambaca Al-Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?"

(Al-Baqarah:44)

Selain itu, kita sebagai orang yang menuntut ilmu terutamanya dalam bidang syari’e seharusnya bersifat peka@الواعي@aware dengan keadaan sekeliling.Tugas amar maaruf dan nahi munkar hendaklah dipikul bersama-sama..

4.Bersifat tawadhu’

Para penuntut ilmu hendaklah menyedari bahawa ilmu yang dimilki@dipelajari hanyalah sedikit berbanding dengan ilmu yang dimiliki ALLAH SWT.Maka janganlah bersikap sombong dan takabur dengan ilmu yang dimiliki..Bajailah ia agar sifat takwa dan tawadhuk tumbuh subur dalam diri seiring dengan pertambahan ilmu.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu untuk sama-sama memburu keberkatan menuntut ilmu, sekaligus mencapai mardhotillah..Wallahua’lam…

4 DALAM 1....NANTIKAN KEMUNCULANNYA...

|

Assalamualaikum...entri kali ini khas untuk semua tholabul ilm malizi yang mendiami tanah dataran syuhada' Mu'tah..Buat julung-julung kali di Mu'tah, 4 program akan digandingkan dalam masa 2 hari..

^^Winter camp^^
Sahutlah cabaran membelah kedinginan malam di waktu syita' untuk bersama-sama dengan kami..

Pelbagai aktiviti menarik lagi tertarik menanti anda...

Diwajibkan untuk semua pelajar tahun1 dan terbuka untuk semua pelajar tahun lain
(sangat-sangat dialukan)

Berkumpul di bayt lu'lu' manthurah (akhwat) , puskma (syabab) jam 8 malam....bermalam disana.bawa pape yg patut..

Jangan lupa bawa selimut
(jangan bawak yg tebal2 sangat.nanti bangun2 pagi tinggal sorg2 je kt bayt lu'lu'@puskma tu)


^^API (Akses Pemikiran Islam)^^
Jom ramai-ramai kita meng'api'kan balik pemikiran islam kita.Da lama otak tak dibasuh dan disental dengan clorox dan Spartan sehingga terlekat segala kekotoran yang tak diundang..

Diwajibkan untuk semua pelajar tahun 1 dan terbuka pada semua pelajar tahun lain
(dikenakan yuran khas)

Yuran: JD0.50

Bertempat di Mujamma' Jadid,Universiti Mu'tah...


^^PELANCARAN KELAS INTENSIF QURAN^^
Ingin menghafaz Qur'an??

Nantikan pelancaran kelas intensif Qur'an yang dibawakan khas untuk anda oleh Biro Bimbingan dan Rohani sesi 2009/2010..

Dibimbing oleh mereka yang berkelayakan lagi MANTOP!!!

Penyertaan terhad...

Pelancaran bertempat di mujamma' jadid,Universiti Mu'tah...

Semua pelajar Mu'tah dijemput hadir...
(Diadakan semasa pembukaan majlis Malam Inspirasi Hijrah 1431H)


^^Malam Inspirasi Hijrah 1431^^
Pelbagai aktiviti manarik akan disajikan...

Forum bertajuk-Kemuncak Hijrah; Disini Aku Bermula...Ahli panel dijemput khas dari jauh...

Persembahan pelajar dan bermacam-macam lagi...

Semua pelajar Mu'tah dijemput hadir..

Bertempat di Mujamma' Jadid ,Universiti Mu'tah...

Sila berkumpul dihadapan masjid Syuhada' jam 6 malam...

Datang..Jangan tak datang...



''Together We Aspire,Together We Achieve''

''Bersama Mencipta Kegemilangan Permata''


Jom ramai2 meriahkan......

Dibawakan khas untuk anda oleh:
Biro Bimbingan dan Rohani Sesi 2009/2010




p/s: untuk maklumat lanjut,sila layari http://www.permatajordan.com/

Bantuan Kewangan Perubatan Untuk Nabilah Huda Bt Zaim

|


Assalamualaikum wbt.

Saudara seiman dan seakidah sekalian,

Seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut dalam Jurusan Syariah di University of Yarmouk, Irbid (terletak kira-kira 150 km ke utara dari Amman, Jordan),

Saudari Nabilah Huda binti Zaim

telah disahkan menghidap Leukemia tahap kronik dan

memerlukan pembedahan pemindahan tulang sum-sum pada bulan Disember ini.

Kos pembedahan ialah sebanyak RM70 000 (RM50 000 untuk pembedahan dan RM20 000 untuk rawatan susulan)

dan ia tidak ditanggung oleh penaja beliau, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Sehubungan dengan itu, saya berbesar hati untuk sama2 membantu dan mengajak rakan2 semua untuk sama2 menyumbang bagi menampung pembedahan beliau.

Tidak kira banyak atau sedikit, usaha kecil kita ini insyaAllah membantu.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan

Saudara Zaim Bin Shaari (bapa Nabilah) di talian +6013-3521226.

Sumbangan daripada para dermawan bolehlah dibankkan terus ke akaun-

(Maybank Zaim bin Shaari 162517025794)

Hp: +6013-3521226

Mari kita doakan agar saudari Nabilah Huda dan keluarganya dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang berpanjangan sepanjang melalui ujian daripada Allah SWT ini...Sesungguhnya penyakit itu daripada Allah, maka Allah jua yang akan meyembuhkan dan mempermudahkan....

~~Kepada semua kawan2 blogger yang membaca artikel ini, sama2lah kita membantu saudari Nabilah Huda Bt Zaim dengan mengcopy-paste posting ini ke laman anda...mudah2an kerja kita ini ada nilainya disisi Allah swt...Terima Kasih... ~~Allahumma yassir wala tu'assir....Amin..

JOM HAYATI LIRIK LAGU NI....

|

Assalamualaikum
Lagu ini saya tujukan khas buat keluarga tercinta, adik beradik serta semua pejuang ISLAM yang mahu melihat kalimah tauhid ditegakkan atas muka bumi ini...Semoga mendapat motivasi dan semangat bila dengar lagu ni...Selamat menghayati lirik...

SUNNAH ORANG BERJUANG

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid


Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara menuju cita
Membara demi Allah dan RasulNya


Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Penat resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang


Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga


Sudah sunnah berjuang
Ke jalan Allah
Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih


Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana atau syurga


Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Penat resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang


Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga


Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana atau syurga


ALBUM : PELITA HIDUP 4
ARTIS : HIJJAZ



p/s-yakinlah dengan janji ALLAH wahai pejuang.....semakin banyak masa, tenaga dan wang yang dicurahkan utk ISLAM...INSYAALLAH segala urusan akan dipermudahkan..klu tidak di dunia....pastinya di akhirat sana jannah menanti....

NASIHAT AYAHANDA BUAT ANAK-ANAK.....

|


Menyingkap kenangan ketika bergelar pelajar tahun 1. Perit jerih dan penat lelah ketika mula-mula memasuki kuliah..Berusaha untuk memahami setiap bait dan kalimah yang luncur keluar dari mulut doktor-doktor. Walaupun hanya 3 madah yang diambil pada fasal pertama dahulu, namun terasa berat lantaran kurang memahami apa yang diperkatakan oleh doktor dalam muhadarah..Proses yang biasa dan akan dilalui oleh semua pelajar tahun 1. Cepat atau lambat untuk anda ‘pick up’ dalam kelas semuanya bergantung pada anda…anda malas, maka jawabnya berbulan-bulanlah anda akan duduk dalam situasi ini…anda rajin membuka kamus, berjumpa doktor, bermuamalat dengan pelajar arab, rajin ke kelas tafaquh, insya-allah semuanya akan mudah dan cepat..

Kini terasa betapa pentingnya juhud ketika berada di tahun 1 dahulu..Terasa penat lelah dahulu telah berbayar walaupun perjalanan masih jauh dan berbaki beberapa fasal lagi..Teringat peribahasa melayu…berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian..bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian..

Terngiang-ngiang di telingaku pesanan ayahanda Dr. Masyhur…

“Aku hanya boleh membantu kalian setakat yang termampu..Selebihnya kalian hendaklah berusaha dengan meningkatkan penguasaan kalian dalam bahasa arab, supaya segala mutiara ilmu disini dapat kalian kutip dengan baik”

Aku masih teringat bagaimana penatnya aku dan 'Iffah mengejar arab-arab untuk kami ambil nota mereka ketika mengambil madah qasas qurani bersama Dr. Harun..

dan bermacam-macam lagi kisah suka-duka ketika bergelar pelajar tahun 1…

Sekarang semuanya tersimpan kemas dalam kotak memoriku…

Hari ini sekali lagi aku dan sahabat-sahabat lain menerima nasihat daripada ayahanda Dr. Ali Zuqaili, dekan kuliah syariah…Nasihat yang timbul daripada salah satu persoalan yang dilontarkan oleh sahabat Filipina tentang hukum wanita solat berjemaah di masjid…

“Wahai anak-anakku…Aku sangat hairan apabila melihat anak-anak (pelajar malizi, Thailand, Filipina) di sini yang bergelar pelajar dan mahasiswa syariah tidak mengambil berat soal ikhtilat dan muamalat sesama bukan muhrim. Aku melihat anak-anak berjalan sesama yang bukan muhrim, bercakap tanpa batasan. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku kerana anak-anaklah yang akan menjadi peng’islah’ masyarakat apabila pulang ke tanah air nanti. Semoga anak-anak dapat menyampaikan perkara ini kepada sahabat-sahabat yang lain..

Itulah nasihat ikhlas daripada seorang ayah kepada anak-anaknya yang mungkin tahu akan segala hukum-hakam tapi kadangkala alpa dan lalai dan memandang enteng perkara ini…

Aku hanya terdiam dan berfikir panjang..Bersyukur kerana masih ada yang mengingatkan dikala kami leka dan alpa…

Ya-ALLAH..Perjalanan kami masih jauh…Terlalu banyak mutiara ilmu-MU yang belum kami kutip dan terokai. Lapangkanlah dada kami..Thabatkanlah kaki kami..Teguhkanlah iman kami….Rapatkanlah soff kami…Hanya pada-MU kami berharap dan berlindung…


P/s-Sentiasa berusaha untuk berubah menjadi abid dan khalifah yang lebih baik daripada hari semalam..…Tapi kadangkala tersasar…Iman yazid wa yanqus.. Terima kasih buat semua sahabat yang sudi menegur diri yang hina ini..Bersyukur dikurniakan sahabat2 seperti antum dan antunna…Bersahabat sehingga ke syurga..INSYA-ALLAH…

Sampaikanlah Walau Sepotong Ayat....

|

Assalamualaikum pembuka bicara….
Komitmen persatuan, timbunan nota yang bertangguh dan pelbagai masalah peribadi menyebabkan blog saya tidak diupdate sejak sekian lama.Jutaan maaf saya ucapkan buat para pengunjung kerana sekian lama tidak dapat berkongsi dan memberi input2 yang diharapkan bermanfaat buat para pengunjung..

Subhanallah..Sejuk hati diri ini apabila dataran syuhada’ Mutah dibanjiri dengan seratus lebih mahasiswa dan mahasiswi tahun satu.Tergambar di raut wajah mereka…bakal-bakal pembawa risalah dan panji-panji agama ALLAH apabila pulang ke Malaysia nanti..Setinggi itu pengharapan yang saya letakkan pada mereka..Semoga apa yang diharapkan bakal menjadi realiti satu hari nanti…

Semakin hari, terasa makin berat beban dakwah yang dipikul.Tetapi, lantaran dapat bersama-sama sahabat yang saling membantu, saling mengingatkan apabila terleka, saling kuat-menguat antara satu sama lain, segalanya dapat dihadapi dengan baik dan tenang..Alhamdulillah..terasa jalinan ukhuwwah yang terjalin dri hari ke sehari makin erat dan ‘MANIS’ apabila beban dakwah ini dipikul bersama-sama. Moga ukhuwwah yang terjalin hingga ke JANNAH…AMIN…

Alhamdulillah…Hari ini saya berpeluang untuk duduk bersama dalam halaqah ilmiah yang dianjurkan oleh persatuan musolla-musolla jamiah..Tajuk yang dibincangkan dalam halaqah adalah berkaitan ghibah@mengumpat..

Dalam al-quran ada disebut larangan mengumpat ayat 12 ,surah hujurat…
Mafhumnya:Dan janganlah kamu mengumpat sebahagian daripada kamu. .Apakah ada di antara kamu yang suka memakan dagingnya saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik dan bertakwalah kepada allah,sesungguhnya ALLAH maha menerima taubat dan maha penyayang..

Itulah perumpamaan bagi orang yang mengumpat saudaranya yang lain.Dan mengumpat ini tidaklah terbatas kepada percakapan sahaja tetapi juga merujuk kepada isyarat-isyarat anggota badan dan lain-lain..

Saya merasakan sahabat-sahabat semua arif bahawa hukum mengumpat adalah haram tetapi apabila berada dalam situasi tersebut adakah kita menyedari bahawa kita sedang mengumpat atau jika sedar..adakah anda melakukan sesuatu?maka fikir-fikirkan…

Sabda nabi rasulullah s.a.w.

Mafhumnya: Sesiapa yang melihat kemungkaran ,maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan.Jika tidak mampu maka dengan lidahnya.Jika tidak mampu maka dengan hatinya.Maka itulah selemah-lemah iman..

Itulah sedikit perkongsian@tazkirah untuk peringatan bersama hari ini…..
Semoga yang sedikit ini mampu memberatkan mizan hasanah saya di akhirat kelak….wallahua’lam..

SELAMAT TINGGAL MALAYSIA...

|

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik tinggal berapa hari sahaja lagi saya akan meninggalkan tanah air tercinta..cuti 3 bulan saya rasakan begitu singkat sekali, ditambah pula apabila saya terpaksa terperap kira-kira sebulan di rumah akibat dari pembedahan apendik yang dijalankan...

alhamdulillah banyak kenangan,pengalaman dan mutiara yang sempat saya kutip selama 3 bulan bercuti...

berprogram bersama kakak2 NISA' Serdang....
akan rindu kkk2 semua...

berkempen di Permatang Pasir....opps...kantoi plak..
jgn takut...rezki ditangan tuhan bkn 'mereka'...

bertadarus bersama adik2 teen circle...

berjumpa ngan junior2 smap kajang yang sentiasa menunggu2 senior datang untuk ditiupkan semangat menegakkan kalimah allah dibumi smap...

kenangan jumpa hanis,shoe,farhanah,dijah,fatimah,tasya,k long,k intan,k capa,k syah suhaimi,k farhana,k jah...

dan bermacam-macam lagi....

Walaubagaimanapun...dalam hati ini masih ada sekelumit rasa menyesal..kerana ada juga waktu cuti ini yang tidak dimanfaatkan sepenuhnya...
Biarlah ia menjadi pengajaran buat diri ini pada masa akan datang..

Tidak sabar untuk pulang ke Mu'tah...meneruskan pembelajaran dengan lebih bersemangat...bergelar pelajar tahun tiga..begitu cepat masa berlalu..semoga safar saya ke bumi syam ini akan menjadi satu pelayaran ilmu yang benar-benar bermanfaat buat diri ini dan pulang ke Malaysia sebagai salah seorang pejuang dan tentera agama-NYA...insya-allah...

abi,che,kakak,abang,aisyah,musa,wardah,hannan,acim,tok minah,tok yassin,jad, tok...doakan kejayaan hain disini...

terima kasih juga buat semua yang menghulurkan bekalan dan doa.tak dilupakan juga buat k rohana n yt.Jasa kalian takkan saya lupakan....

MU'TAH TUNGGU KEPULANGANKU...SELAMAT TINGGAL MALAYSIA...

P/S: Rasanya masih belum terlambat utk saya ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin buat semua sahabat dan pengunjung blog ini..maafkan saya jika ada hak2 persaudaraan yang tidak tertunai...maaf juga kerana lama tak update blog ni kerana kekangan masa...